Kisah Seram - Jangan Pandai-Pandai

 


- "Saya lebih suka dikenali sebagai boy. Di sini saya ada sebuah kisah yang baru terjadi pada Sabtu lalu 17 April. Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bekerja pada sebelah malam di salah sebuah sekolah menengah di Singapura. Pada Sabtu lalu, ada acara perkhemahan pelajar yang telah diadakan di sekolah itu. Di sekolah ini, pelajar2nya semuanya berbangsa asing. Mereka semua anak orang kaya bukan calang2 orang.

Dipendekkan cerita, selepas saya meronda dan sedang menulis catatan laporan rondaan, tiba2 sekumpulan budak perempuan datang berjumpa dengan saya, "Aunty can you please switch off the toilet lights for awhile?" Saya tanya kenapa pulak? Mereka jawab, "We want to play games that require us to be in the dark." Saya pun hairan dan terfikir juga, permainan apa yang dimainkan dalam gelap? Lain macam saja budak2 ni. Selepas saya didesak, saya pun mengalah dan beritahu mereka bahawa tandas perempuan itu boleh digunakan tetapi usah lama sangat kerana, manalah tahu kalau tiba2 saya terasa untuk menyahut panggilan alam. Mereka pun setuju dan saya pun matikanlah lampu tandas perempuan dan juga lelaki yang bersebelahan dan tinggalkan mereka lalu kembali ke pondok pengawal.


Selepas lima belas minit, saya ternampak sekumpulan pelajar lelaki menuju ke arah tandas. Pada mulanya saya buat endah tak endah sebab ingatkan mereka nak gunakan tandas tetapi disebabkan cahaya lilin yang dibawa mereka, perhatian saya telah tertarik untuk menyiasat apa yang sedang mereka lakukan. Jam menunjukkan pukul 12 lebih malam. Saya pun menuju dengan perlahan2 ke arah sekumpulan pelajar tadi dan sama2 berkumpul dan lihat apa yang sedang mereka buat tanpa mereka sedar yang saya juga ada dalam kumpulan itu.

Nak tahu permainan apakah yang sedang mereka mainkan? Mereka bermain permainan "SPIRIT OF THE COIN"!!! Saya punya bengang terus sergah mereka dan tanya siapa yang ajak main permainan bahaya ini dan siapa ketua di antara mereka. Semua tergamam saling menuding jari ke arah satu sama lain. Saya tanya berapa lamakah mereka telah bermain permainan puaka ini? Mereka kata baru nak mulakan dan belum sampai ke tahap memanggil lagi. Saya mengingatkan mereka bahawa sekiranya mereka memanggil makhluk halus datang, mereka juga mesti menghantarnya pulang. Mereka kata mereka tahu macamana nak seru dan hantar pulang. Walau apapun alasannya, saya tetap tak benarkan dan suruh mereka semua balik ke kawasan penginapan perkhemahan atau saya adukan pada pengetua sekolah.

Selepas kejadian itu, saya pun kembali semula ke pondok pengawal. Sedang saya leka membaca buku cerita, saya terperasan di belakang tengkuk saya terasa semacam ada angin sejuk sekali menghembus. Nak kata angin luar, saya di dalam dan pondok pengawal hanya disediakan kipas, bukan alat penghawa dingin. Dan pada masa yang sama terasa seperti ada sesuatu bertenggek di tengkuk saya kerana terasa sangat berat. Saya terus hidupkan telefon bimbit saya dan putarkan ayat2 suci tanpa henti. Lama-kelamaan barulah saya rasa keadaan kembali seperti sediakala.



Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club